JellyPages.com

Monday, March 21, 2011

Hukum umat islam masuk gereja..

Ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang tidak mengetahui mengenai hukum seseorang muslim masuk ke dalam gereja. Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.
Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.
Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana’ jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.
Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatuyang diharamkan.
Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
3.Yang Mutlak Diharamkan
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

“Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka.”






note : petikan dr  cik google. acely, ofcemate, ayah dye mati. so, ofcemate yg lain ajak ziarah. 
penin gak. sama ada bole fllow or x. 












okay. jawapannya saya sudah dapat. tapi dr cik google. mcm2 fakta ada.



Suatu hari Saiyyidina Umar pi ziarah gereja.Oleh
itu, boleh tak kita pi masuk ziarah
gereja?…Jawabnya,boleh.Tak jadi masalah tapi dengan
syarat,jangan niat nak join puak kufur ni.Tapi dalam
kes ini, Saiyyidina Umar pergi ziarah atas
kedudukannya sebagai pemimpin negara.Yang ni kita kena
faham.Kita rakyat biasa ni, nak pi buat apa.Bukannya
ada apa pun.Nak tengok piano ada la.Gereja yang Umar
ziarah itu, namanya ‘al-Qiamah’.

Dia pi melawat ketua
paderi yahudi dalam gereja itu.Sebab itu, dalam Islam
ni, kita kena faham, ada kala kena bertegas dan ada
kalanya pula kena flexible.Contoh yang flexible; ialah
bilamana jiran kita berugama hindu/cina mati; boleh
tak kita ziarah mayat depa?…Jawabnya,boleh.Kerana Imam
Tirmidzi menyebut dalam kitab ‘Bahrul Mazi’ bahwa
harus hukumnya kita menziarahi jenazah orang kafir
yang sudah mati.Kerana katanya,“Mati itu satu.Yakni
malaikat Israil yang sama itulah yang ambil nyawa
semua orang.Lalu bila kamu ziarah jenazah sapa pun,
maka hendaklah kamu ingat akan kematian.Maka hukumnya,
harus.” Sapa yang berjiran dengan orang bukan Islam
(lebih-lebih lagi cina), depa nanti tau; kalau ada
saja kematian, tak taulah berapa lama puak-puak ni nak
ber‘dondang sayang’.Kita nak pi ziarah, memang
boleh,yakni atas sifat jiran.Tapi jangan pulak pi
tumpang sekaki dalam orchestra itu.

Kan ada satu hadis
yang menceritakan bilamana satu hari Nabi s.a.w.
bersama dengan sahabat-sahabat tengah duduk-duduk,
tiba-tiba lalu satu jenazah yahudi yang diusung.Maka
Nabi kata kepada sahabat-sahabat,“Bangunlah dan
hormatilah dia.”…Lalu sahabat tanya,“Ya Rasulullah,
adakah kita kena hormat mayat itu?”…Jawab
Rasulullah,“Aku suruh kamu bangun,bukan menghormati
jenazahnya; tetapi menghormati Israil ,yang telah
mengambil nyawanya.”

Oleh itu,samalah dengan kes Umar
ziarah gereja itu.Dia pi jumpa ketua gereja,lalu
berborak-boraklah dia dengan father itu dalam
gereja.Tengah-tengah dok berborak itu,tiba-tiba azan
berkumandang menandakan sudah masuk waktu
sembahyang.Kemudian Saiyyidina Umar keluar daripada
gereja dan dia sembahyang di luar gereja.Sehingga dia
ditegur oleh father itu,“Wahai khalifah, apakah tidak
boleh khalifah sembahyang dalam gereja saya?”…Kata
Umar,“Saya tahu ia tidak salah.Tetapi saya tidak mahu
nanti di kemudian hari,bilamana umat Islam membaca
kisah ini; dimana sekiranya saya sembahyang dalam
gereja ini, saya takut nanti umat di belakang hari
akan menyatakan bahwa Umar telah menukar gereja
menjadi masjid.”…Apakah maksud ucapan Umar itu?
Maksudnya,Umar nak ajar,inilah yang dikatakan tiada
paksaan dalam ugama.Maknanya, Umar nak ajar
sepertimana yang Nabi terangkan dalam etika kod
peperangan Islam.Antara pesan Nabi kepada sahabat
sebelum pi perang ialah :
a) jangan kamu menganggu pendita-pendita
yang sedang beribadah di rumah-rumah ibadah mereka;
b) jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat
yahudi/nassara;
c) jangan kamu tebang pokok-pokok yang
sedang berbuah;
d) jangan kamu bunuh orang-orang tua /
kanak-kanak/ wanita-wanita yang tidak berdosa.
Jadi, makna disebalik ucapan Umar kepada father
itu, ialah dia bimbang nanti satu hari bila umat Islam
berperang, mereka akan merampas gereja dan menukar
menjadi masjid pula.Sedangkan Islam mengajar tiada
paksaan dalam ugama.Kalau kamu ikhlas nak masuk
Islam,silakan.Kerana Islam ni,jelas segala hukum dan
perintahNya.

p/s: Syarat utk solat ialah tmpat yg bersih, gereja is the last place in the list. Seboleh2nye jgn solat di gereja, Bumi Allah ni Maha Luas,bnyk tmpat lain lagi.

Wallahua'lam

nak jadi comel? sila click. ;p